ROKOK Makruh Atau HARAM?

Posted in Uncategorized on December 3, 2008 by kreok

HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

  • Syaikh Muhammad bin Ibrahim
  • Rokok haram karena di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan, “Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pemborosan yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok bisa mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah shalat.
  • Dr Yusuf Qardhawi
  • Rokok haram karena membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk buang-buang waktu dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak membutuhkan.

KEMPEN PENGGUNA BIJAK DAN KEUSAHAWANAN

Posted in Uncategorized on January 29, 2014 by kreok

TARIKH : NOVEMBER 2013 HINGGA APRIL 2014

TEMPAT: PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

MASA: 9:00 HINGGA 12:00 PM (SETIAP HARI )

PROGRAM YANG DISEDIAKAN:

-PENGENALAN DAN FUNGSI PI1M

-PERKHIDMATAN PI1M

-PERNIAGAAN ONLINE

-KESELAMATAN INTERNET

Pakat mari ramai-ramai neh..Hadiah dan Makan/minum ditanggung..Mai dengor je..Ajok la saim ramai2..Sebarang pertanyaan boleh email ke :kreok87@gmail.com

 

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG PANTAI MERCHANG

Posted in Uncategorized on June 21, 2013 by kreok

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG PANTAI MERCHANG

Salam sume…ni aku nok kabo se..lau kengkorang nok kenal kg merchang, buleh la melawat website ni sbb ade sume pasal Kg Merchang, Marang, Terengganu..so buleh tahu pasal sejaroh Kg Merchang, salasilah, organisasi kat kg ni ,persekitaran dan macam-macam lagi.. Jangan malu jangan segan nok survey..Lagi-lagi hok duduk Marang.. Selamat Datang diucapkan!

Get Malaysian Business Online (GMBO)

Posted in Uncategorized on June 20, 2013 by kreok

Salam awok2… ni aku nok kabo se bende..Kerajaan dalam bajet 2013 ari2 sediekan geran rm1000 setiap seorang usahawan mikro yang layak ..maksudnye disini kerajaan peruntukkan rm50 juta kepada 50 ,000 usahawan mikro dalam membantu usahawan yang dalam menceburi bidang perniagaan dalam talian ea..

 

Ramai lagi sebenornye yang xtahu mende nim..Jadi aku kabo sini kepade awok2 yang berminat, bulah la tra mitop ..senang je..orang wi pitih, kite amek..ke gane awok2?haha..

Antara syarat2 :

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

 

KALU XPAHAM LAGI..bace bowoh ni….

 

Apakah itu Get Malaysian Business Online?

Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Bilakah saya boleh mula memohon?

Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.

Bagaimana cara untuk saya memohon? 

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.

Bagaimanakah geran diagihkan?

eran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses? 

Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.

Apakah sebab permohonan ditolak? 

Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:

  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
  •  Syarat-syarat tidak dipenuhi;
  • Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.

Berapa kali permohonan boleh dibuat? 

Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima? 

Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.

Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan? 

Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.

Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut? 

Tiada.

Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut? 

Tidak

Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ? 

Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.

Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?

Tiada

Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank? 

Tiada.

Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat? 

Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.

Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?

Ya.

Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?

Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?

Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.

Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?

Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.

Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya? 

Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di http://www.getmybusinessonline.com.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma.

Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?

Ya.

Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini? 

Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.

Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut? 

Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.

Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan? 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam? 

Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

Kelebihan Solat Terawih dari Hari Pertama hingga hari ke tiga puluh :

Posted in Uncategorized on July 31, 2009 by kreok

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah `Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan engampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul `Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Asia Selatan lubuk ular berbisa

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by kreok

ular
Kira-kira 20,000 orang mati dipatuk reptilia setahun

SEBUT saja ular pasti ramai yang bukan saja berasa geli, tetapi tidak kurang yang gerun dengan reptilia ini, khususnya yang jenis berbisa kerana mampu membunuh dengan cuma satu patukan saja.

Namun, tahukah anda di pelusuk mana dunia yang menjadi lubuk maut reptilia ini? Pasti ramai yang menuding ke arah Amerika Selatan, khususnya di hutan belantara Amazon yang diketahui antara hutan tertua dengan pelbagai spesies berbisa menjadikan kawasan ini habitatnya.

Andai itu jawapan anda, terbukti sangkaan anda meleset sama sekali. Ini disebabkan lubuk ular itu terletak di kawasan yang amat hampir dengan kita iaitu di kawasan Asia Selatan.

Inilah hasil laporan kajian terbaru ke atas 68 negara yang menunjukkan Asia Selatan menjadi lubuk patukan ular tertinggi di dunia iaitu kira-kira 421,000 orang dipatuk setiap tahun!

Lebih menakutkan, patukan itu meragut kira-kira 20,000 nyawa setahun, kata kajian sekumpulan penyelidik Sri Lanka yang disiarkan edisi terbaru Public Library of Science Medicine, media yang berpejabat di Amerika Syarikat.

India yang didiami lebih satu bilion penduduk, menjadi negara yang mencatatkan kes patukan maut atau biasa yang tertinggi di dunia iaitu 80,000 kes setahun. Daripada jumlah itu, 11,000 kes menyebabkan maut.

Sri Lanka pula menduduki tempat kedua dengan 33,000 orang dipatuk ular setahun.

Anehnya, sebahagian besar mangsa adalah lelaki. Ini mungkin berkaitan dengan faktor golongan itu yang lebih ramai bekerja mencari rezeki berbanding kaum wanita.

Saintis Universiti Kelaniya di Sri Lanka, Janaka De Silva yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun menegaskan bilangan 421,000 kes patukan ular itu hanyalah anggaran kasar dan jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

“Ini disebabkan kes dipatuk ular berbeza mengikut faktor geografi dan bermusim dan tidak ramai yang membuat laporan rasmi apabila menjadi mangsa.

“Lebih sukar lagi, rawatan bagi mengatasi kes berkenaan juga berbeza antara perubatan moden, tradisional serta amalan masyarakat setempat itu sendiri,” katanya.

De Silva berkata, ancaman dan impak sebenar kesihatan akibat dipatuk ular itu juga tidak diketahui.

Ini sekali gus menyukarkan pegawai kesihatan umum memaksimumkan kaedah pencegahan dan rawatan akibat dipatuk ular di negara masing-masing.

Namun sejauh manakah daripada kita yang benar-benar mengenali reptilia yang pada bila-bila masa dan secara tiba-tiba boleh muncul di kawasan belukar berhampiran rumah atau sama-sama berenang ketika mengharungi banjir?

Percaya atau tidak, ada kira-kira 3,000 spesies ular yang menghuni dunia ketika ini dan 600 daripadanya adalah jenis berbisa.

Ia boleh wujud di mana-mana di dunia, dari Britain, Afrika hinggalah ke Australia, kecuali di Antartika yang diketahui mempunyai cuaca sejuk yang amat ekstrim.

Ini disebabkan haiwan berdarah sejuk itu tidak boleh hidup di kawasan sejuk.

Ular berkongsi spesies keluarga ‘Squamata’ seperti biawak dan disifatkan reptilia paling muda. Ia melalui proses evolusi yang menyaksikannya kehilangan kaki seperti yang kelihatan sekarang.

Ular jenis Ananconda Hijau dikatakan yang terbesar iaitu panjangnya mencecah 8.8 meter dan beratnya, 227 kilogram. Lebarnya pula adalah kira-kira 30 sentimeter dan ia hidup di kawasan sekitar lembah Sungai Amazon dan Orinoco.

Pada Ogos lalu, dunia dikejutkan dengan penemuan apa disifatkan spesies ular terkecil dunia di Kepulauan Barbados. Saiznya tidak melebihi cacing tanah dengan panjangnya kira-kira 10 sentimeter. Ular berwarna perang itu bagaimanapun memakan mangsa dan disenaraikan sebagai tidak berbisa.

Hakikatnya, baik ular tedung yang diketahui paling berbisa dan anaconda si gergasi ular sama ada yang boleh dilihat hinggalah ke dalam filem, reptilia ini terlalu rapat dengan manusia. Ada yang menjadikannya peliharaan, tidak kurang yang menganggapnya sebagai musuh berikutan patukan bisa serta kuasa belitan si ular sawa yang boleh membawa maut.

Apa yang pasti, setiap kali ada berita mengenai ular, ia pasti menarik minat ramai yang mahu mengenali reptilia yang gaya gerakannya kelihatan menarik tetapi mampu meragut nyawa dengan hanya satu patukan.

INFO

Menarik mengenai ular

# Ular terbesar jenis Anaconda Hijau yang panjangnya boleh mencecah 8.8 meter

# Ular terkecil di dunia ditemui di Kepulauan Barbados, dengan panjangnya kira-kira 10 sentimeter

# Boleh hidup tanpa sebarang makanan selama beberapa hari hingga beberapa bulan kerana kadar metaboliknya yang rendah, selepas sekali makan

# Menjadi semakin aktif apabila cuaca bertambah panas

# Bisa ular digunakan bagi menghasilkan anti bisa dan ubat penyelamat nyawa yang lain

# Sukar membezakan ular jantan dan betina

EPL digilai seluruh dunia

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by kreok

epl
Kesetiaan dan kecintaan peminat tak berubah walaupun pemain silih berganti

BOLA SEPAK mempunyai kuasa luar biasa yang menarik minat jutaan penduduk dunia, apatah lagi apabila membabitkan liga bola sepak paling terkenal dan paling ramai ditonton di dunia, Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun ada yang mendakwa liga bola sepak La Liga, Sepanyol dan Serie A, Itali, lebih berkualiti, EPL dinobatkan sebagai paling berprestij di dunia dan ditonton jutaan penduduk dunia. Dalam satu perlawanan antara Manchester United dan Liverpool pada 2002, hampir 500 juta orang atau satu daripada 12 penduduk dunia menyaksikan perlawanan itu

Walaupun ada 20 pasukan dalam EPL, empat kelab yang dilabelkan sebagai `Big Four’ iaitu Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea, lebih mendapat tempat di kalangan peminat seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara ini.

Walaupun kelab lain juga ada peminat masing-masing, tetapi tidak sehebat empat kelab ternama ini yang bersatu hati menubuhkan kelab penyokong.

Minat dan semangat penyokong `Big Four’ merentasi sempadan geografi, budaya dan status masyarakat. Biarpun berjarak ribuan batu antara England dan Malaysia, keupayaan empat kelab ini menambat hati penggemar bola sepak amat mengagumkan.

elp1
JOHN Chew, Halim dan Harun, bangga kerana kelab Penyokong Liverpool mendapat tumpuan dunia.

Mengapa empat kelab ini? Ada pelbagai pendapat yang boleh diberikan, apatah lagi jika ditanya kepada peminat empat kelab berkenaan. Antara alasannya ialah empat kelab berkenaan adalah yang paling kerap memenangi kejuaraan EPL.

Sejak EPL diperkenalkan pada 1992 (liga bola sepak Inggeris diasaskan pada 1888), Manchester United adalah paling kerap muncul juara, iaitu sebanyak 10 kali. Malah kelab yang berpangkalan di Manchester menjuarai Kejohanan Kelab Dunia di Jepun, tahun ini.

Selain itu, empat kelab berkenaan menguasai empat kedudukan teratas sejak tiga tahun lalu. Usaha kelab lain termasuk membeli pemain terkenal setakat ini belum dapat memecah monopoli empat kelab berkenaan.

`Big Four’ juga kaya dengan limpahan pemain terkemuka dunia. Siapa yang tidak kenal Cristiano Ronaldo, yang meraih gelaran pemain terbaik Eropah tahun ini dari Manchester United atau Michael Ballack (Chelsea), Fernando Torres (Liverpool) dan Cecs Fabregas (Arsenal).
Laurence bersama koleksi cenderamata MU di rumah kelab, di Petaling Jaya.

Pelbagai faktor ini menyebabkan `Big Four’ mendapat tempat istimewa di hati peminat. Kesetiaan dan kecintaan tidak berubah walaupun pemain silih berganti, pemilikan dan pengurusan bertukar rentak dan kalah menang menjadi asam garam.

Amat menarik melihat penyokong kelab bergabung menubuhkan kelab penyokong secara rasmi dan didaftarkan mengikut undang-undang. Malah Kelab Penyokong Manchester United dan Liverpool mempunyai rumah kelab sendiri.

Kelab penyokong lain pula biasanya berhimpun di cafe tertentu sekitar Lembah Klang seperti di Bangsar dan Sri Hartamas.

Diuruskan secara teratur seperti pertubuhan berdaftar lain dengan mempunyai presiden dan ahli jawatankuasa, aktiviti tidak sekadar berkumpul menonton perlawanan di kaca televisyen atau melepak di kafe.

Mereka mengatur secara terperinci aktiviti tahunan termasuk menerbitkan buletin, menjual cenderamata, mengusahakan pertemuan dengan pemain diminati malah sebagai tanda sokongan, menganjurkan rombongan ke stadium menyaksikan pasukan mereka beraksi.

Laurence ke Old Trafford selang dua minggu

SETIAP kali mengimbau kenangan tahun 1967, perasaan sayang dan kesetiaan Laurence How terhadap kelab bola sepak kesayangannya, Manchester United (MU) makin kukuh. Dia hanya berusia 18 tahun ketika dibawa ibu bapanya berkunjung ke Stadium Old Trafford menyaksikan Red Devils (gelaran MU) beraksi.

Usia remaja ditambah kegilaan terhadap bola sepak, pengasas merangkap Setiausaha Kelab Penyokong Manchester United (MUSC) Malaysia, tidak mampu menyembunyikan perasaan ghairah melihat sendiri aksi pemain pujaannya ketika itu, George Best dan Denis Law.

“Itu adalah pertama kali saya melihat sendiri mereka. Dalam hati saya berkata, ini bukan kunjungan terakhir dan saya akan datang lagi menikmati gema sorak Old Trafford,” katanya. Selepas beberapa lama menjadi penyokong setia, Laurence berazam menyumbang sesuatu buat kelab kesayangannya. Kerjaya bersama syarikat elektronik Sharp membantunya merealisasikan impian kerana Sharp pada awal 80-an adalah antara penaja utama pasukan jersi merah saga ini.

Pada 1982, Laurence menubuhkan MUSC Malaysia dan keahlian pernah mencecah hingga 7,000 orang, tetapi kini keanggotaan kelab adalah kira-kira 500 ahli.

“Keahlian kelab pernah mencecah 7,000 orang namun jumlah ahli kemudian dihadkan kepada mereka yang benar-benar menepati kelayakan. Ini bermaksud bukan meminati MU mengikut musim atau mengagumi hanya pemain tertentu,” ujarnya.

Laurence melabelkan dirinya peminat fanatik yang sanggup melakukan apa saja demi pasukan bola disanjungi.

Rasa cinta mendalam menyebabkan Laurence berusaha menjadikan kediaman teres dua tingkat di SS2 Petaling Jaya sebagai gedung menyimpan ribuan khazanah MU seperti poster, lukisan, piala, cenderamata, jersi, topi, cadar, set catur, kad keluaran khas, pemegang kunci dan anak patung.

Dalam sekian banyak himpunan itu, Laurence amat menghargai dua biji bola ditandatangani Queen Elizabeth dan suami, Putera Philip.

Laurence mendakwa MU pernah menawarkan kira-kira RM50,000 untuk membeli bola itu, namun ditolaknya kerana Queen Elizabeth tidak pernah menurunkan tandatangannya pada mana-mana cenderamata apabila diminta berbuat demikian.

“Queen Elizabeth terkenal dengan sikap berhati-hati dan jarang ingin menurunkan tandatangan tanpa sebab. Bola ini ditandatanganinya pada 1998 ketika menghadiri persidangan mesyuarat Komanwel,” katanya.

Oleh kerana tidak berjaya memujuk Laurence, pengurusan MU terpaksa meminjam bola itu untuk dipamerkan pada majlis tertentu.

Mengenai kepelbagaian koleksinya, Laurence memberitahu tidak semua diperoleh dengan mudah dan sebaliknya perlu berusaha keras melengkapkan himpunan itu.

Sejumlah besar cenderamata diborong sewaktu melawat England, manakala yang lain didapati dengan melayari laman web yang menawarkan pembelian secara tukar barang (barter) dan jualan lelong.

Namun, katanya ada sebahagian koleksi adalah pemberian kenalan yang memahami minat luar biasanya.

“Mereka yang tahu saya peminat nombor satu MU akan menghadiahkan apa saja barangan berkaitan MU. Walaupun saya pengumpul tegar, kadang-kadang terlepas pandang maka pemberian kawan-kawan dijadikan pelengkap himpunan,” katanya yang turut menjual cenderamata MU seperti pelekat kereta, baju-t, pemegang kunci dan topi.

“Konsepnya begini, kawan-kawan membantu saya menyempurnakan himpunan, saya balas dengan menolong mereka menambah koleksi sedia ada,” katanya.

Terlalu sebati dengan barangan asli, Laurence boleh memberitahu tarikh dan keaslian baju-t yang dijual di pasaran melalui logo dan tulisan yang dicetak pada baju.

Laurence dan anggota kelab juga tidak kisah berbelanja besar ke Old Trafford semata-mata memberi sokongan moral buat pasukan MU.

Secara purata dalam setahun, lebih 10 kali Laurence menjejakkan kaki ke England. Bahkan bukan sekali dua dia terbang ke England untuk membelikan tiket untuk anggota kelab yang ingin menyaksikan perlawanan penting MU.

Kekerapan Laurence ke Old Trafford disifatkan rakan karibnya, Lim Cheng Hoo seperti balik ke kampung.

“Saya pernah melihatnya ke sana selang dua minggu bagi membeli tiket perlawanan dan kemudian terbang pulang untuk diberikan kepada kawan-kawan yang memesan. Memiliki tiket akan menyenangkan urusan pemeriksaan imigresen,” katanya.

Kegilaan Laurence tidak sekadar di padang, bahkan mempengaruhi pilihan nombor pendaftaran keretanya menerusi empat angka 7, iaitu mewakili nombor jersi empat pemain idolanya, George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan David Beckham.

Tanggal 23 Mei 1998 adalah detik paling manis dalam hidup Laurence apabila Eric Cantona sudi menerima pelawaannya untuk berkunjung rumah kelab.

“Saya berbesar kerana Cantona sanggup memenuhi jemputan bermesra dan melepak bersama peminatnya di sini.

“Sejak hari itu, saya memperuntukkan bilik khas untuk Cantona berehat, malah bermalam jika dia datang ke negara ini lagi,” katanya Laurence sambil menunjukkan bilik berkenaan yang sarat dihiasi koleksi membabitkan pemain berasal dari Perancis.

MUSC Malaysia yang ditubuhkan Laurence turut menerbitkan majalah yang mengandungi maklumat mutakhir pasukan itu untuk edaran di kalangan ahli. Diterbitkan dua kali setahun, majalah itu menyajikan laporan aktiviti, ulasan dan jadual perlawanan, kembara ke Old Trafford dan profil pemain.

balik hari ke Liverpool hanya untuk cenderamata

LIVERPOOL, sebuah kelab bola sepak terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL) turut mempunyai kelab penyokong di negara ini yang ditubuhkan pada 1995. Kelab Penyokong Liverpool Malaysia (LSCM) kini mempunyai keahlian kira-kira 6,000 orang.

Pengelola Bahagian Media dan Penajaan LSCM, Nantha Kumar, berkata keahlian kelab terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia atau kelayakan profesional.

Menerusi yuran keahlian RM80 setahun, ahli menikmati pelbagai keistimewaan termasuk memenangi cabutan bertuah menyaksikan aksi secara langsung Liverpool di Stadium Anfield. Kelab juga menganjurkan lawatan tiga kali setahun ke Liverpool bagi memberi peluang kepada ahli melihat secara dekat pemain kesayangan mereka.

“Kami menamakan tempoh setahun sebagai semusim. Setiap musim, dua tiga kali juga kami ke Anfield menonton Liverpool beraksi. Setakat ini tiada masalah mendapatkan tiket perlawanan kerana kelab penyokong Liverpool di sana sedia membantu.

“Tiket mesti ditempah enam hingga lapan minggu sebelum perlawanan dengan mengisi borang permohonan disediakan,” katanya.

Walaupun Kelab Penyokong Liverpool juga ada di negara Asia lain seperti Brunei, Indonesia dan Singapura, Nantha dan teman seperjuangan, Naib Presiden kelab, John Chew; Penyelaras Bersama Zon Selatan, Halim Hassan dan Penyelaras Bersama Zon Utara, Harun Mohamed Mohideen, bangga kerana kelab itu mendapat tumpuan dunia.

Kelab itu diminta membantu Malta dan Bulgaria menjadi jururunding menubuhkan kelab yang sama di negara berkenaan.

Bagi mengekalkan jati diri dan sokongan padu terhadap Liverpool, kelab itu memastikan setiap cenderamata, kemeja t dan jersi dibeli terus di Liverpool dengan menghantar wakil ke sana bagi memborong pesanan barang oleh ahli kelab dan kemudian terbang ke tanah air pada hari yang sama.

“Sesetengah orang menganggap perjalanan 14 jam sehala semata-mata membeli cenderamata merugikan, namun bagi kami minat mengatasi segalanya. Kepuasan menurut takrifan ahli kelab ialah menyimpan cenderamata asli pasukan kesayangan mereka,” kata Chew.

Bagi menghargai ahli, kelab Liverpool tidak ralat menghadiahkan jersi atau bola tertera tandatangan eksklusif pemain kepada mereka melalui cabutan, sama ada ketika majlis perayaan tertentu atau makan malam tahunan.

Nantha berkata, tidak semua barangan dan cenderamata yang ditandatangani pemain dipamer dan disimpan di galeri kelab dan sebaliknya koleksi berharga itu diagihkan kepada peminat.

“Konsep dan cogan kata kami ialah berkongsi. Kami tidak mahu bersikap pentingkan diri dengan mengisytiharkan ia sebagai harta kelab. Daripada dipamerkan di dinding kemudian berdebu tidak terjaga, lebih baik diberi kepada mereka yang ingin melengkapkan koleksi,” katanya.

Sebagai kelab yang mempunyai ribuan ahli, Nantha dan tiga rakannya bertanggungjawab menyediakan maklumat terkini, pantas dan terperinci mengenai Liverpool kepada penyokong setia. Selain mengedarkan Walk On yang diterbitkan secara bulanan, inisiatif baru yang diambil ialah mengemaskinikan laman web rasmi setiap minggu.

Nantha mengakui cara komunikasi ini sangat membantu, terutama jika ingin menghebahkan sesuatu perjumpaan atau mengajak ahli kelab memeriahkan menonton perlawanan penting di tempat yang ditetapkan.

INFO

Tiga kategori penyokong bola sepak

# Penyokong fanatik Manchester United (MU) yang mengikrarkan sokongan tidak berbelah bagi.

# Kumpulan penyokong yang membenci MU yang digelarnya ABU (Anything but United/ Apa Saja Selain MU).

# Kelompok yang mengangkat pemain bola sepak tertentu sebagai idola. Golongan ini tidak setia. Minat mudah berubah mengikut langkah dan hala tuju pemain diminati.

Dua golongan penyokong bola sepak

# Minat bola. Minat golongan ini sama seperti pemancing yang mencari lubuk terbaik untuk meraih tangkapan. Mana lubuk yang menjanjikan banyak ikan di situ akan ditujui.

# Gila bola. Kelompok ini menjadikan bola sepak sebagai sebahagian darah daging. Minat mengatasi kemasyhuran pemain dan kekuatan pasukan secara keseluruhan. Minat ini tidak tergugat biarpun pasukan yang disokong menempah kekalahan.

Lanun Somalia dianggap wira

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by kreok

KETIKA dunia tertumpu kepada pergolakan di Iraq, Afghanistan dan Sri Lanka, ada satu lagi peperangan yang seakan-akan tiada pasang surutnya – ancaman lanun di perairan Somalia.

Lanun ganas ini terbukti jauh berbeza daripada gambaran filem ‘The Pirates of the Caribbean’ yang masih segar dalam ingatan ramai. Jika dalam filem itu, karektor lanun comot dan senjatanya sekadar meriam dan pistol, lanun sebenar di Somalia bukan calang-calang. Biarpun tanpa kapal mewah atau pakaian seragam khas, mereka sebaliknya sarat dengan kelengkapan persenjataan serba canggih, termasuk Sistem Kedudukan Global (GPS).

Tidak hairanlah, kapal yang menggunakan laluan Teluk Aden sepanjang 3,300 kilometer yang disifatkan perairan paling bahaya di dunia, dengan mudah ditawan lanun moden ini.

Serangan mereka pula semakin menjadi-jadi dan sejak 1 Mac lalu saja, sebanyak 25 serangan dicatatkan, termasuk tujuh kapal dirampas. Malah, sebanyak 293 serangan lanun dilaporkan di seluruh dunia sejak 2008, tetapi kejadian di sekitar Teluk Aden itu menyaksikan peningkatan hampir 200 peratus berbanding 2007.

Sebut apa saja, kapal dagang dan kapal layar membawa muatan daripada kelengkapan tentera, minyak mentah, bijirin dan hasil bumi lain, semuanya sudah ditawan lanun kulit hitam ini. Ancamannya sebegitu serius sehinggakan tiada siapa pun pernah menyangka pada tahun ini, masyarakat antarabangsa boleh mengisytiharkan peperangan ke atas lanun. Berikutan itu, barisan armada tentera laut Britain yang dibantu tentera lebih 12 negara, termasuk Amerika Syarikat dan China, diberi tugas menangani barisan lanun moden ini.

Saban hari kita dipaparkan dengan kekejaman mereka, tetapi tidak ramai yang tahu kisah duka di sebalik kemunculan lanun ini.

Jika diimbas, zaman ‘keemasan’ lanun itu sekitar 1650 hingga 1730. Namun, tidak ramai yang tahu, idea memaparkan lanun sebagai kelompok kejam adalah sebahagian propaganda kerajaan Britain. Ketika itu, ramai penduduk yang maklum, lanun itu sebaliknya menjadi mangsa kekejaman dan penindasan pemilik kapal dagang seperti dinyatakan pakar sejarah Barat, Marcus Rediker dalam bukunya ‘Villains of All Nations.’

Di Somalia, cerita itu juga tidak bezanya. Dunia menggelarkan mereka lanun, tetapi penduduk tempatan melihat mereka sebagai wira mempertahankan tanah air dan keadaan ini ketara pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan dipilih rakyat. Lebih malang, selain keadaan politik tidak stabil, kira-kira sembilan juta penduduknya dihimpit kesengsaraan, termasuk kelaparan.

Negara Barat yang sepatutnya membantu, sebaliknya menjadikan penderitaan mereka sebagai peluang merompak hasil negara itu daripada bekalan makanan dan sumber lautan sehinggalah menghumbankan sisa nuklear di perairan negara itu.

Satu demi satu kapal Eropah yang tidak dikenali, mulai muncul di kawasan perairan itu dan membuang bertong-tong sisa nuklear ke dalam laut. Berikutan itu, penduduknya jatuh sakit dan mengalami ruam, loya serta kecacatan bayi.

Buktinya ketara selepas kejadian tsunami 2005 apabila beratus-ratus tong sisa itu terdampar di pantai dengan lebih 300 orang mati akibat radiasi.

Ini diakui sendiri Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Somalia, Ahmedou Ould-Abdallah, yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

“Ada pihak yang sengaja membuang sisa nuklear, plumbum serta logam berat seperti raksa. Sebahagian besarnya sisanya dari hospital serta kilang di Eropah. Tugas pembuangan itu diserahkan kepada sindiket mafia Itali yang mengenakan bayaran khidmat murah dan bertindak rakus membuang sisa itu dengan cara mudah.”

Apabila ditanya apakah reaksi kerajaan Eropah, Ahmedou berkata: “Tiada apa. Tiada pembersihan, tiada wang ganti rugi atau sebarang langkah mengelak perkara itu berulang lagi.”

Kapal Eropah ini turut merompak hasil utama penduduk Somalia iaitu hasil laut mereka. Selepas perairan sekitar benua Eropah kekeringan hasil tangkapan laut, mereka beralih ke perairan Afrika itu untuk merompak hasil ikan tuna, udang dan udang karah yang bernilai lebih RM1 bilion.

Ini menyebabkan nelayan tempatan merana, hilang punca rezeki serta kelaparan. Mereka bertindak mengusir kapal dagang yang membuang sisa nuklear atau sekurang-kurangnya mengenakan ‘cukai’ ke atas mereka. Peranan ini dipikul kumpulan yang dikenali sebagai ‘Sukarelawan Pengawal Pantai Somalia.’ Malah, hasil tinjauan media bebas Somalia, WardheerNews, mendapati 70 peratus penduduk menyokong kumpulan itu yang menyifatkan kegiatan lanun itu sebagai antara cara mempertahankan tanah air.

Ini diakui sendiri seorang ketua lanun, Sugule Ali yang menegaskan mereka bukanlah perompak atau lanun.

“Lanun sebenar adalah mereka yang datang merampas punca pendapatan kami serta membuang sisa nuklear di sini.”

Sukar sebenarnya bagi kita untuk menelah naluri insan dilabelkan sebagai lanun oleh media Barat, sebaliknya dianggap wira oleh rakyat tempatan, apa lagi selepas saban hari dipaparkan dengan jenayah dilakukan mereka ini.

Apa yang pasti, seperti juga di kebanyakan negara lain yang bergolak, konflik dan ancaman yang berlaku itu hasil ‘cop jari’ kuasa Barat. Kini dengan kehadiran armada tentera laut negara asing di Somalia, ramai yang menunggu nasib kelompok lanun itu selepas ini biarpun hakikatnya ia tidak mungkin menamatkan terus ancaman mereka.

Info: Lanun di Somalia

* Somalia terbabit dalam perang saudara sejak 1991

* Kebanyakan lanun itu dikatakan berusia antara 20 hingga 35 tahun

* Tiga kumpulan iaitu:
o Bekas nelayan – perancang utama kerana mahir selok belok perairan sekitar
o Bekas anggota militia – tenaga penting kerana pengalaman memerangi kumpulan panglima perang
o Pakar teknikal – mahir soal komputer dan tahu mengendalikan peralatan teknologi serba canggih seperti telefon satelit dan persenjataan

* Sebahagian besar kapal ditawan di laluan perkapalan Teluk Aden yang terletak di antara Yemen (utara), Somalia (di selatan) dan di timur Laut Arab.

* Laluan itu sepanjang 3,300 kilometer yang juga kawasan laut paling bahaya di dunia

* Kira-kira 20,000 kapal melalui Teluk ini untuk ke dan kembali dari Terusan Suez

* Membawa barangan seperti berjuta-juta tan minyak mentah, bijirin dan arang batu

* Purata wang tebusan kira-kira AS$2 juta (RM7.24 juta)

* 25 serangan ke atas kapal, tujuh dirampas sejak 1 Mac lalu

* 293 serangan lanun di seluruh dunia sejak 2008 dan kejadian di Teluk Aden meningkat hampir 200 peratus berbanding 2007

Bahana nafsu

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by kreok

nafsu

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.
Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling.
dara
Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi.

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.
Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cintaBAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.

“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan… sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima.

“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua.

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.

“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

Lidah paling mahal

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by kreok

lidah
Pelicia perlu merasa sehingga 5,000 jenis kopi bagi tujuan pengkelasan.

LANGKAH mengambil insurans sememangnya satu keperluan sebagai jaminan apabila berlakunya kecelakaan dalam sekelip mata. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup mengambil lebih daripada satu polisi insurans bagi memaksimumkan pampasan.

Namun, tahukah anda mengenai tindakan segelintir insan yang sanggup melaburkan sejumlah wang besar semata-mata untuk mengambil insurans bukan bagi nyawa atau harta benda sebaliknya bagi bahagian tertentu tubuh?

Inilah yang dilakukan rangkaian restoran Costa Coffee di London yang sanggup memperuntukkan sehingga £10 juta (RM50 juta) untuk melindungi lidah pekerja yang bertugas sebagai ‘pakar rasa kopi’.

Individu yang dimaksudkan ialah Gennaro Pellicia. Tindakan majikannya bukanlah mencari populariti atau mencipta sejarah, sebaliknya menjadi cara penting bagi memastikan lidah pemuda itu sentiasa dalam keadaan baik untuk membolehkan ia mampu membezakan ratusan jenis kopi yang dijual.

Pelliccia bertanggungjawab di atas rasa 108 juta cawan kopi Costa Coffee yang dijual di Britain setiap tahun.

Polisinya dengan firma insurans Lloyd’s of London menjadikan lidahnya dua kali lebih berharga dari senyuman bintang Ugly Betty, America Ferrera dan satu persepuluh satu peratus daripada keseluruhan tubuh pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Pelliccia, 34, yang perlu merasa beratus-ratus biji kopi kisar di rangkaian restoran itu di Lambeth, selatan London, juga perlu melakukan pengorbanan berikutan tuntutan kerja uniknya itu. Ini termasuk menjauhi makanan terlalu panas kerana berisiko melecurkan lidahnya.

Beliau juga dilarang menikmati kari dalam masa dua hari sebelum musim merasa kerana dibimbangi rempah ratus itu boleh menjejaskan sensitivitinya.

Dengan 5,000 jenis kopi perlu dirasa dan dikelaskan oleh Pelliccia setiap tahun, pegawai atasan Costa memutuskan lidah pemuda itu berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan.

“Pengalaman selama 18 tahun membolehkan saya membezakan antara beribu perisa. Lidah juga membolehkan saya membezakan sebarang kecacatan, yang membenarkan saya melindungi dan menjamin campuran Mocha Italia unik Costa,” kata Pellicia.

Walaupun mempunyai sepasukan ‘tukang rasa’ yang bekerja untuknya, Pelliccia, secara peribadi merasa setiap kumpulan biji kopi mentah yang melalui pemanggang di restoran itu.

Costa juga yakin lidah milik Pelliccia yang bertanggungjawab di atas rekod kejayaan dalam ujian merasa jenama baru-baru ini. Pengarah Urusan Costa Coffee, John Derkach, berkata Pelliccia adalah ‘elemen penting’ dalam perniagaan syarikat itu.

Hakikatnya, Pelliccia bukan berseorangan dalam situasi yang bagi kebanyakan orang lain tidak masuk akal, tetapi sekadar menambah senarai panjang golongan selebriti dan bukan selebriti yang berlumba-lumba mengambil insurans bagi melindungi aset tubuh masing-masing.

Beliau masih kalah dibandingkan dengan jumlah insurans keseluruhan tubuh Beckham, yang dilaporkan £40 juta (RM200 juta), dipercayai polisi insurans paling tinggi bagi set bahagian tubuh walaupun cuma kakinya yang banyak membantu bekas kapten England itu mengumpul kekayaan.

Lebih melucukan ialah tindakan penari bogel lelaki Britain, Frankie Jakeman, yang mengambil polisi bernilai £1.2 juta (RM6 juta) untuk kemaluannya pada tahun 1987.

Di kalangan selebriti Barat, mempertaruhkan sejumlah wang besar untuk melindungi bahagian tertentu tubuh mereka bukan lagi asing apatah lagi bahagian itu menjadi sumber pendapatan mereka yang mencecah puluhan, ratusan atau ribuan juta dolar.

Penyanyi dan pelakon berketurunan Latin, Jennifer Lopez, baru-baru ini dilaporkan mengambil polisi sehingga AS$1 bilion (RM3.6 bilion) untuk payu dara, kaki, belakang, rambut dan berat badannya. Walaupun ia disangkal oleh bintang ‘Maid in Manhattan’ itu, ia sekali gus menjadi bukti betapa selebriti sanggup berhabisan melindungi aset mereka walaupun bagi kebanyakan orang, ia mungkin kerja gila.

Nyata JLo itu bukan berseorangan dalam mengambil insurans untuk melindungi asetnya walaupun mungkin tidak mencecah berbilion dolar kerana menyertainya ialah senarai panjang selebriti dan tokoh lain yang bertindak luar jangkaan demi melindungi kepentingan masing-masing.

Nama besar lain dalam dunia selebriti Barat yang tidak teragak-agak melabur sejumlah wang untuk pulangan lebih lumayan jika kecelakaan menimpa ialah pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Keith Richards yang mengambil insurans bernilai £1.5 juta (RM7.6 juta) untuk tangannya manakala penyanyi Dolly Parton melabur £350,000 (RM1.7 juta) iaitu lebih £8,000 (RM40,000) setiap inci payu daranya.

Tindakan mereka mungkin kelihatan tidak masuk akal kerana tiada guna menentang hukum alam yang jelas membuktikan muda pasti bertemu tua, tegang akan mengendur dan gagah beransur lemah. Namun apabila bertuhankan wang dan kemewahan, apa saja akan dilakukan demi memastikan kehilangan mereka dari pentas kemasyhuran tidak menjejaskan gaya hidup yang dijalani selama ini.

INFO: Insurans anggota tubuh

# Bintang bola sepak David Beckham mengambil insurans bernilai RM200 juta bagi badannya, dipercayai polisi insurans paling tinggi pernah dibuat bagi tubuh

# Pelakon dan penyanyi berketurunan Latin, Jennifer Lopez, mengambil polisi sehingga RM3.6 bilion untuk payu dara, kaki, bahagian belakang, rambut dan berat badannya.

# Pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Keith Richards mengambil insurans RM7.6 juta untuk tangannya.

# Penyanyi Dolly Parton melabur RM1.7 juta, iaitu lebih RM40,000 bagi setiap inci payu daranya.

Misteri UFO di Britain

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by kreok

ufo
London umum butiran penemuan objek tidak dikenali yang disaksikan penduduk

ANTARA misteri yang masih belum terlerai sehingga ke hari ini adalah kewujudan objek tidak dikenali atau UFO.

Malah, dakwaan kemunculan kelibatnya dalam bentuk piring terbang, terus dilaporkan hampir setiap tahun di serata dunia, khususnya di negara Barat yang sememangnya mempunyai kumpulan pemantau aktiviti ini.

Terbaru, kerajaan Britain minggu lalu mengumumkan dokumen rasmi 1,000 muka surat yang mencatatkan kejadian UFO bagi tempoh 1987 hingga 1993. Dokumen yang sebelum ini disenaraikan sebagai sulit, diumumkan kepada orang awam di Arkib Negara Britain, di Kew, bagi menolak dakwaan kononnya kerajaan mahu merahsiakan penemuan aktiviti UFO yang mencurigakan di negara itu.

Tindakan kerajaan Britain itu hanya membangkitkan semula teka teki mengenai kewujudan UFO ini, bukan saja oleh rakyatnya malah penduduk negara lain yang sememangnya berminat dengan misteri di sebalik kewujudan piring terbang serta makhluk yang mengemudi pesawat berkenaan.

Persoalannya apakah benar UFO ini wujud? Soalan itu sukar dijawab tetapi sekurang-kurangnya beberapa catatan didedahkan kerajaan Britain itu, boleh dijadikan alasan yang mengaitkan kewujudan UFO itu.

Catatan kejadian UFO yang dikesan itu turut membabitkan beberapa penemuan yang mendapat publisiti meluas media, tetapi belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Biarpun kebanyakannya disenaraikan sebagai ‘misteri akibat fenomena semula jadi’ tetapi ada beberapa insiden didakwa mencetuskan kebimbangan kepada Kementerian Pertahanan Britain yang bertindak melancarkan siasatannya sendiri.

Ini termasuk satu insiden yang berlaku pada 1990 di Scotland yang mana ramai saksi mendakwa melihat piring terbang serta kehadiran beberapa pesawat tentera. Malah imej yang dilihat sekurang-kurangnya tiga lelaki itu sempat dirakam akhbar Daily Record yang mengemukakannya kepada kementerian berkenaan. Saksi mendakwa ia berlegar-legar kira-kira 10 minit pada waktu siang dekat kawasan Calvine, utara Pitlochry pada 4 Ogos, 1994.

Pada waktu sama, kata saksi, beberapa jet pejuang tentera turut kelihatan melintasi kawasan itu sebelum tiba-tiba hilang. Hasil analisis gambar itu mengenal pasti pesawat berkenaan sebagai jet pejuang Harier milik tentera udara. Namun, anehnya, ia tidak beroperasi pada waktu kejadian.

Misteri itu menyebabkan Menteri Pertahanan ketika itu, Sir Archie Hamilton menyuarakan kebimbangan kerana membabitkan bukti jet Harier yang kelihatan jelas dalam negatif filem yang dirakam saksi. Setahun selepas kejadian, kementerian mengarahkan pakar menghasilkan lakaran UFO yang menepati gambaran saksi berkenaan. Bagaimanapun, usaha itu dilakukan secara rahsia dan hanya membabitkan pegawai tertentu atas alasan ia menyentuh perkara amat sensitif.
ufo1

Satu lagi kejadian yang disiasat kerajaan, membabitkan dakwaan seorang wanita kononnya beliau dihampiri seorang makhluk asing menyerupai manusia ketika melalui kawasan sunyi di pedalaman Norfolk. Mereka sempat bersembang selama 10 minit. Wanita yang dirahsiakan identitinya itu disiasat pihak berkuasa yang menyenaraikan kes itu sebagai antara kes ‘luar biasa.’

Kes lain UFO yang mendapat perhatian kerajaan Britain berlaku pada 31 Mac 1993 apabila 100 penduduk di kawasan West Country dan Ireland mendakwa melihat dua objek tidak dikenali yang mengeluarkan cahaya terang, merentasi langit malam. Kejadian itu juga, seperti kes lain, masih menjadi misteri yang belum terungkai sehingga ke hari ini.

Apa yang pasti, kes yang diumumkan kerajaan Britain minggu lalu bukanlah catatan kecil misteri UFO yang belum terjawab, tetapi membuktikan kemunculannya masih lagi wujud, selaras peredaran masa.

Hakikatnya, memang sukar difahami bagaimana kecanggihan teknologi masa kini masih sukar menelah atau merungkai misteri di sebalik piring terbang atau makhluk asing pelbagai rupa seperti didakwa saksi.

Selagi misteri itu belum terjawab, selagi itulah kita akan terus dipaparkan catatan kejadian UFO yang terus menarik perhatian ramai yang mahukan jawapan kesahihan kewujudan makhluk asing itu.

INFO: UFO

# Objek terbang yang tidak dikenali berlaku hampir di seluruh dunia.

# Saksi yang melihatnya mengenal pasti objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing.

# Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi seperti diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.